| 46. Teko Gajah Kembar |
Blog teko ini aku dedikasikan untuk arwah Cu, Rozita bt Mohd Ramli. Beliau bukan pengumpul teko seperti aku, tapi penyokong dalam perjalanan hobiku ini. Yang semasa hayatnya, beliau pernah memberikan idea untuk aku memorikan teko-teko ku ini. Beliau cadangkan agar aku meletakkan Tarikh, Harga yang dibeli,dan Sumber diperolehi. Pada mulanya aku rasakan sukar untuk dilaksanakan. Tapi, sekarang...blog ni Juli buatkan untuk Cu. Semoga kau ditempatkan di tempat yang dikasihiNya. Amin..
Friday, 11 November 2011
Keluarga Si Kuning
| 45. Keluarga Si Kuning |
Teko Montel Hijau
| 43. Teko Montel Hijau |
Teko ni aku perolehi dengan harga kalau tak silap hanya RM5 saja... murah memang murah.
Yang mahalnya, tak lain tak bukan adalah munconggnya...Memang nampak rare kan, macam nakal2 jer.. nak2 plak badan dah cukup montoks, memang kena la dengan muncung yang menggoooda tuh!!!
Yang mahalnya, tak lain tak bukan adalah munconggnya...Memang nampak rare kan, macam nakal2 jer.. nak2 plak badan dah cukup montoks, memang kena la dengan muncung yang menggoooda tuh!!!
Sunday, 11 September 2011
Saturday, 11 June 2011
Teko Muncung Dua
| 36. Teko Muncung Dua. Sumber: Hadiah Sikin (anak muridku, DPM). Tahun diperolehi: 2010. Terima kasih Sikin atas hadiah ini, memang antara teko kesayangan saya. Miss u, dear |
Teko Snow White 1
Teko Berlubang Dragon
| 33. Teko Berlubang Dragon. Tempat diperolehi: Johor Bahru, Johor. Harga : RM7.50 (murah, kan). Tahun: Tak ingat |
Teko Unik
| 31. Teko unik sekali pandang macam tulisan jawi- sebenarnya corak garis-garis sahaja. Tahun diperolehi: Tak ingat. Sumber: Mines, Seri Kembangan, Harga : Tak ingat |
Tuesday, 7 June 2011
Teko Tingkat 1
| 28. Teko Tingkat Daun |
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Tarikh diperolehi: 7 Jun 2011
Harga : RM3.90/piece
Apa yang menariknya teko ini pada mula aku terpandang adalah warnanya yang seakan-akan warna honeydew. Yup, warna tembikai susu- putih kehijauan. Di atas penutup ada corak daun dan buah strawberi. Di tangkai cawan pula ada corak yang tak kurang menariknya. Tapi sekali pandang gambar ni, macam bentuk aiskrim/ABC pun ada kan..? :D
Sunday, 5 June 2011
Teko Leper 2
| 27. Teko Leper |
Tahun diperolehi/ Harga/ Sumber: Tak ingat
Motif seolah-olah seekor burung yang sedang terbang di bahagian badan teko. Tangkainya diperbuat daripada besi yang dipintal. Keunikannya pada badan yang leper dan tangkainya.
Teko Lutsinar 1
Teko Bunga Ros 2
| 25. Teko Lama-Bunga Ros |
Sumber: Cu (Rozita Ramli)
Tahun diperolehi: 2004/2005
Tahun diperolehi: 2004/2005
Teko ni aku perolehi masa balik beraya di Ipoh. Arwah Cu yang beri. Dia tahu aku memang suka kumpul teko. Setiap hari, masa kemas rumah, dia keluarkan sebiji teko untuk bagi kepada aku. Aku ingat lagi dia kata, "Satu hari, satu teko Cu bagi Juli". Sebenarnya kata-kata tu mendalam dalam diri aku. Pada tahun2 sebelum aku kawin, aku ada satu perasaan yang tak berapa suka balik kampung (ntah la.. mungkin konflik dalam diri aku kot), padahal sebelum tahun2 tu, aku mmg balik Ipoh setiap kali cuti sekolah atau semester. Mungkin ada perasaan double standard, atau mungkin ..ntah la.. Anyway, teko yang arwah bagi sebenarnya sekarang ni boleh dikatakan sebagai PML (Pinggang Mangkuk Lama) yang harganya memang tinggi. Bila tengok kawan2 blog atau FB yang lain post gambar2 PML masing-masing and ada juga yang jual, teko jenis ni memang kaw2 mahalnya! Tapi aku tak der niat nak jual, sebab ni arwah Cu yang bagi aku.
Teko Hand Painted-Merah
Saturday, 4 June 2011
Teko Bunga Ros Merah 1
| 22. Teko Ros Merah 1 |
Sumber/Tahun diperolehi/Harga: Tak ingat
Bunga ros merah berlatar belakangkan warna kuningcerah. Memang cantik dan comel. Kombinasi warna hijau, merah dan kuning di teko ini menyerlahkan gaya(?) dan penampilan teko ini. Bunga ros di teko sememangnya cukup popular, walaupun banyak lagik collector yang menacri imej bunga-bunga lain seperti bunga padi, bunga kangkung, bunga lalang dan sebagainya, bunga ros/mawar sememangnya di tangga teratas !
My Teapot Dumex
| 19/20/21. Koleksi Teko Dumex |
Teko sulung: kiri belakang (tahun diperolehi: 2010/RM60)
Teko kedua: montel di depan sekali (tahun diperolehi: 2010/ RM60)
Teko bongsu: kanan di belakang (tahun diperolehi: 2011/RM80)
Tada... inilah yang menjadi apple of my eyes buat masa ni.. Teko-teko termahal yang pernah aku ada. Mungkin sebab nilainya yang lama dan sukar diperolehi membuatkan aku memang mencari sangat-sangat teko Dumex ini. Selidik punya selidik, ada lima beradik rupanya teko Dumex, jadi.. pencarian masih diteruskan.. Tunggguuuuu...
Monday, 30 May 2011
Teko Tanpa Topi 1
| 18. Teko Labu |
Sumber: Hadiah mak
Tahun diperolehi: Tak ingat
Teko labu ini memang cantik, ala-ala Inggeris style. Bunga di badan teko yang warna lembut; merah jambu, biru dan kuning air. Di tangkai dan dan muncung teko dihias dengan corak berwarna emas. Uniknya pada badan yang hampir-hampir menyerupai labu.
Teapot Chempaka: Teko Gadang 1
Teapot Chempaka: Teko Gadang 1: "9. Teko Merry Christmas. Ho Ho Ho Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan Harga: RM12.80 Tahun diperolehi: 2004 Ini adalah antara Teko Gad..."
Sunday, 29 May 2011
Teko Arab
| 17. Teko Arab |
Sumber: Hadiah drp Mak
Tahun diperolehi: Tak ingat
Teko ini rasanya mak beli masa ke oversea di negara-negara timur tengah, mana tempat yang tepat, memang tak ingat. Uniknya teko ini sememangnya daripada bentuk badannya yang besar di bawah dan menirus ke atas. Badannya diperbuat daripada material seakan silver dan corak biru adalah daripada manik/beads. Memang unik. Tangkainya juga menarik. Kalau di negara arab, mungkin ini antara teko yang biasa dilihat di sana.
Teko
| 15. Teko Sinki Bilik Air |
Sumber/tahun diperolehi/Harga: Tak ingat
Warna yang sama dengan koleksi Teko Mesin Jahit. Dominasi putih biru memang berpadanan dengan konsep sinki bilik air yang seharusnya bersih dan kemas. Ada paip air mini,barang-barang keperluan lain seperti botol bedak, botol sabun etc.
Pioner Teapot
| 14. Teko Pioner-Blue Flower |
Sumber: Juju Nakasha Jaafar
Tahun diperolehi: 2002/2003
Ini adalah teko yang mula-mula sekali aku perolehi semasa tahun 2002/2003. Hadiah daripada Juju (adik bongsu). Sebenarnya teko ni ada set cawannya sekali. Tapi masa Juju nak masuk ke matriks di Londang, Melaka, dia hanya berminat nak bawa cawannya saja. Jadi, teko ini pun dihadiahkan kepada kakak sulungnya...yang mana tak semena-mena jatuh hati dengan teko ini dan mula la pencarian diteruskan di kedai-kedai. Masa tu, teko di kedai RM2 memang cantik-cantik dan sebagai student, kedai RM2 memang satu tempat yang 'within the budget'.
Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....
Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....: "Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup ak..."
Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....
Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....: "Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup aku..."
Saturday, 28 May 2011
Teko Tanah Liat 1
Teko Mesin Jahit
| 12. Teko Mesin Jahit- Nak tempah baju? |
Sumber:
Tahun diperolehi:
Harga:
Keunikan teko ini sudah tentu pada bentuk badannya. Memang tak boleh nak isi air dalam teko ini. Kombinasi warna utama hanya biru dan putih. Memang cantik.
KOLEKSI TEKO KU....
Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup aku. Percaya atau tidak, bila aku takut masa interview, atau semasa tangan dihulur untuk diambil sampel darah semasa chek-up kesihatan, teko-teko ini yang aku sebut berulang kali dalam fikiran aku...
Teko & Ceri
| 11. Teko & ceri |
Sumber: Hadiah mak drp oversea
Tahun diperolehi: Tak ingat
Ini adalaah teko yang mak bagi semasa dia kerap ke luar negara atas urusan kerja. "Teko dalam teko". Gambar yang ada di teko ini berkonsepkan buah ceri (pada pandangan mata saya), atau mungkin buah lain yang merupakan simbol di negara berkenaan. Latarbelakang keseluruhan teko adalah warna silver. Nampak unik bila digabungkan dengan warna kuning dan merah.
Monday, 23 May 2011
Teko Gadang 2
| 10. Teko Vietnam- Damainya Sungai |
Sumber: Vietnam
Harga: RM3.00 (jangan terkejut ya)
Tahun diperoleh: 2003
Pemandangan teko ni sangat menarik. Mungkin diilhamkan daripada suasana desa yang ada di Vietnam itu sendiri. Kita boleh lihat 'damainya' si pengail mendayung sampan kecilnya, menyusuri sungai dengan pohon besar yang berdiri megah di tepi sungai. Terdapat kawanan unggas yang berterbangan melintas di angkasa. Damainya suasana !.
Teko ini diperolehi ketika mengikuti Mak dan krew RTM ke Vietnam semasa Sukan Sea di sana. Tawar-punya tawar, akhir beli juga. Walaupun harga yang dijual pada permulaan hanya RM4.00, tetapi keseronokan tawar-menawar antara pembeli-penjual menyebabkan aku tak mahu kalah..Akhirnya teko ini pun menaiki kapal terbang ke Malaysia pada tahun 2003
Teko Gadang 1
| 9. Teko Merry Christmas. Ho Ho Ho |
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Harga: RM12.80
Tahun diperolehi: 2004
Ini adalah antara Teko Gadang yang ada dalam simpanan saya. Teko ni murah saja.. tak sampai RM13 pun masa dibeli. Gambar santau clause atau seorang yang berpakaian seperti santa claus ini edang mengangkut hadiah-hadiah yang mungkin untuk diberikan pada seseorang. Cuma yang musykilnya, dalam raga yang dibawa, terdapat juga batang kayu berdaun. Erm.. untuk apa ya ..? Latar belakang putih salji menambah suasana pada teko ini . Ada sebatang pokok krismas yang disaluti salji di teko ini. Di bahagian penutup teko ni, boleh dilihat seolah-olah terdapat sebutir buah pine di atasnya.
Sunday, 22 May 2011
Teko Leper
| 8. Teko Leper Bercorak Bunga |
| 7. Teko Leper Geometri |
Teko leper yang memang cantik. Tak boleh guna untuk diisi minuman. Cuma untuk hiasan sahaja. Teko unik ini, aku dapat masa waktu jalan2 hilangkan stress dengan anak-anak murid DPM aku. Mungkin ada jualan murah utk habiskan stok and memang rezeki aku untuk dapatkan teko ini. Ada tiga biji yang aku beli. Bila balik, rupanya dah ada sebiji yang hampir sama (kira adik beradik teko ini). Jadi, untuk koleksi Teko Leper ini, ada empat biji kesemuanya.
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan.
Tarikh diperolehi: 5 Mei2011.
Harga : RM3.00/piece.
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan.
Tarikh diperolehi: 5 Mei2011.
Harga : RM3.00/piece.
The Poisson Teaot
| Poisson Teapot 6 |
| Poisson Teapot |
Teko yang aku sayang. Mak yang belikan untuk aku masa dia ke oversea.Bukan calan-calang tau teko ni.. ada poisson. Selalunya kita letak teh atau kopi dalam teko, kali ni ada racun. Berani minum??
| TEKO TAPAK SULAIMAN 5 |
| PANDANGAN ATAS |
| DIBELI PADA TAHUN 2004/NILAI 3, NEGERI SEMBILAN/RM9.00 SEBIJI |
Warnanya yang biru samar memang menarik hati. Walaupun rekabentuknya seperti tapak sulaiman, tetapi corak pada teko ini adalah seperti bunga, sekali pandang seperti abstrak. Unik pada bentuk badannya yang seperti tapak sulaiman pada pandangan atas Harga: RM9.OO sahaja. Tarikh diperolehi: 2004. |
Teko Bunga Teratai
| Teko Bunga Teratai 4 |
Sumber/Tahun diperolehi/Harga : Tak ingat.
Deskripsi: Bunga teratai soft pink (hampir-hampir tak kelihatan warnanya), berdaunkan warna biru Gambar teratai di badan teko bukan sahaja cantik, lembut dan besar, kelihatan seolah-olah tumpuan adalah pada badannya. Tetapi uniknya teko ini sebenarnya dapat dilihat pada pemegangnya. Bukan sahaja berdiri tegak tetapi juga corak pemegangya yang seperti beralun. Bila dipegang, memang cocok dengan genggaman tangan. Material teko ini adalah kaca
Deskripsi: Bunga teratai soft pink (hampir-hampir tak kelihatan warnanya), berdaunkan warna biru Gambar teratai di badan teko bukan sahaja cantik, lembut dan besar, kelihatan seolah-olah tumpuan adalah pada badannya. Tetapi uniknya teko ini sebenarnya dapat dilihat pada pemegangnya. Bukan sahaja berdiri tegak tetapi juga corak pemegangya yang seperti beralun. Bila dipegang, memang cocok dengan genggaman tangan. Material teko ini adalah kaca
Teko Animasi ku
| TekoYellow Bunny 3 | |
Sumber: South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor.
Harga: Tak ingat
Tahun 2008.
Deskripsi: Dibeli asalnya dengan niat untuk membuka satu laman web untuk menjual teko-teko, tapi bila difikir-fikirkan banyak pertimbangan yang lain, akhirnya teko ini menjadi sebahagian daripada koleksi aku saja. Warna kuning terang memang boleh menyebabkan ia mudah menjadi perhatian. Bulu mata rabbit ni macam ala2 lentik sahaja, dan bola matanya yang memandang ke atas. Seolah-olah memandang sesiapa yang mengangkatnya..
Harga: Tak ingat
Tahun 2008.
Deskripsi: Dibeli asalnya dengan niat untuk membuka satu laman web untuk menjual teko-teko, tapi bila difikir-fikirkan banyak pertimbangan yang lain, akhirnya teko ini menjadi sebahagian daripada koleksi aku saja. Warna kuning terang memang boleh menyebabkan ia mudah menjadi perhatian. Bulu mata rabbit ni macam ala2 lentik sahaja, dan bola matanya yang memandang ke atas. Seolah-olah memandang sesiapa yang mengangkatnya..
Teko Animasi ku
Ini adalah antara teko-teko yang ada dalam koleksi Chempaka
Subscribe to:
Comments (Atom)