| 41. Teko Cartoon Kembar |
Blog teko ini aku dedikasikan untuk arwah Cu, Rozita bt Mohd Ramli. Beliau bukan pengumpul teko seperti aku, tapi penyokong dalam perjalanan hobiku ini. Yang semasa hayatnya, beliau pernah memberikan idea untuk aku memorikan teko-teko ku ini. Beliau cadangkan agar aku meletakkan Tarikh, Harga yang dibeli,dan Sumber diperolehi. Pada mulanya aku rasakan sukar untuk dilaksanakan. Tapi, sekarang...blog ni Juli buatkan untuk Cu. Semoga kau ditempatkan di tempat yang dikasihiNya. Amin..
Saturday, 11 June 2011
Teko Muncung Dua
| 36. Teko Muncung Dua. Sumber: Hadiah Sikin (anak muridku, DPM). Tahun diperolehi: 2010. Terima kasih Sikin atas hadiah ini, memang antara teko kesayangan saya. Miss u, dear |
Teko Snow White 1
Teko Berlubang Dragon
| 33. Teko Berlubang Dragon. Tempat diperolehi: Johor Bahru, Johor. Harga : RM7.50 (murah, kan). Tahun: Tak ingat |
Teko Unik
| 31. Teko unik sekali pandang macam tulisan jawi- sebenarnya corak garis-garis sahaja. Tahun diperolehi: Tak ingat. Sumber: Mines, Seri Kembangan, Harga : Tak ingat |
Tuesday, 7 June 2011
Teko Tingkat 1
| 28. Teko Tingkat Daun |
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Tarikh diperolehi: 7 Jun 2011
Harga : RM3.90/piece
Apa yang menariknya teko ini pada mula aku terpandang adalah warnanya yang seakan-akan warna honeydew. Yup, warna tembikai susu- putih kehijauan. Di atas penutup ada corak daun dan buah strawberi. Di tangkai cawan pula ada corak yang tak kurang menariknya. Tapi sekali pandang gambar ni, macam bentuk aiskrim/ABC pun ada kan..? :D
Sunday, 5 June 2011
Teko Leper 2
| 27. Teko Leper |
Tahun diperolehi/ Harga/ Sumber: Tak ingat
Motif seolah-olah seekor burung yang sedang terbang di bahagian badan teko. Tangkainya diperbuat daripada besi yang dipintal. Keunikannya pada badan yang leper dan tangkainya.
Teko Lutsinar 1
Teko Bunga Ros 2
| 25. Teko Lama-Bunga Ros |
Sumber: Cu (Rozita Ramli)
Tahun diperolehi: 2004/2005
Tahun diperolehi: 2004/2005
Teko ni aku perolehi masa balik beraya di Ipoh. Arwah Cu yang beri. Dia tahu aku memang suka kumpul teko. Setiap hari, masa kemas rumah, dia keluarkan sebiji teko untuk bagi kepada aku. Aku ingat lagi dia kata, "Satu hari, satu teko Cu bagi Juli". Sebenarnya kata-kata tu mendalam dalam diri aku. Pada tahun2 sebelum aku kawin, aku ada satu perasaan yang tak berapa suka balik kampung (ntah la.. mungkin konflik dalam diri aku kot), padahal sebelum tahun2 tu, aku mmg balik Ipoh setiap kali cuti sekolah atau semester. Mungkin ada perasaan double standard, atau mungkin ..ntah la.. Anyway, teko yang arwah bagi sebenarnya sekarang ni boleh dikatakan sebagai PML (Pinggang Mangkuk Lama) yang harganya memang tinggi. Bila tengok kawan2 blog atau FB yang lain post gambar2 PML masing-masing and ada juga yang jual, teko jenis ni memang kaw2 mahalnya! Tapi aku tak der niat nak jual, sebab ni arwah Cu yang bagi aku.
Teko Hand Painted-Merah
Saturday, 4 June 2011
Teko Bunga Ros Merah 1
| 22. Teko Ros Merah 1 |
Sumber/Tahun diperolehi/Harga: Tak ingat
Bunga ros merah berlatar belakangkan warna kuningcerah. Memang cantik dan comel. Kombinasi warna hijau, merah dan kuning di teko ini menyerlahkan gaya(?) dan penampilan teko ini. Bunga ros di teko sememangnya cukup popular, walaupun banyak lagik collector yang menacri imej bunga-bunga lain seperti bunga padi, bunga kangkung, bunga lalang dan sebagainya, bunga ros/mawar sememangnya di tangga teratas !
My Teapot Dumex
| 19/20/21. Koleksi Teko Dumex |
Teko sulung: kiri belakang (tahun diperolehi: 2010/RM60)
Teko kedua: montel di depan sekali (tahun diperolehi: 2010/ RM60)
Teko bongsu: kanan di belakang (tahun diperolehi: 2011/RM80)
Tada... inilah yang menjadi apple of my eyes buat masa ni.. Teko-teko termahal yang pernah aku ada. Mungkin sebab nilainya yang lama dan sukar diperolehi membuatkan aku memang mencari sangat-sangat teko Dumex ini. Selidik punya selidik, ada lima beradik rupanya teko Dumex, jadi.. pencarian masih diteruskan.. Tunggguuuuu...
Subscribe to:
Comments (Atom)