Sunday 29 May 2011

Pioner Teapot

14. Teko Pioner-Blue Flower

Sumber: Juju Nakasha Jaafar
Tahun diperolehi: 2002/2003
Ini adalah teko yang mula-mula sekali aku perolehi semasa tahun 2002/2003. Hadiah daripada Juju (adik bongsu). Sebenarnya teko ni ada set cawannya sekali. Tapi masa Juju nak masuk ke matriks di Londang, Melaka, dia hanya berminat nak bawa cawannya saja. Jadi, teko ini pun dihadiahkan kepada kakak sulungnya...yang mana tak semena-mena jatuh hati dengan teko ini dan mula la pencarian diteruskan di kedai-kedai. Masa tu, teko di kedai RM2 memang cantik-cantik dan sebagai student, kedai RM2 memang satu tempat yang 'within the budget'.

No comments:

Post a Comment