Monday 23 May 2011

Teko Gadang 2

10. Teko Vietnam- Damainya Sungai
Sumber: Vietnam
Harga: RM3.00 (jangan terkejut ya)
Tahun diperoleh: 2003

Pemandangan teko ni sangat menarik. Mungkin diilhamkan daripada suasana desa yang ada di Vietnam itu sendiri. Kita boleh lihat 'damainya' si pengail mendayung sampan kecilnya, menyusuri sungai dengan pohon besar yang berdiri megah di tepi sungai. Terdapat kawanan unggas yang berterbangan melintas di angkasa. Damainya suasana !. 

Teko ini diperolehi ketika mengikuti Mak dan krew RTM ke Vietnam semasa Sukan Sea di sana. Tawar-punya tawar, akhir beli juga. Walaupun harga yang dijual pada permulaan hanya RM4.00, tetapi keseronokan tawar-menawar antara pembeli-penjual menyebabkan aku tak mahu kalah..Akhirnya teko ini pun menaiki kapal terbang ke Malaysia pada tahun 2003

No comments:

Post a Comment