Friday 11 November 2011

Teko Gajah Kembar

46. Teko Gajah Kembar

Keluarga Si Kuning

45. Keluarga Si Kuning

Teko ni keluaran Thailand. Aku tak ingat kat mana aku dapat, samaada kat Tesco Puchong (masa tu ada  pameran Thailand), atau mak aku yang beli. Tapi rasa2nya macam mak yang belikan sebab sekali ngan plastik pembungkus. Teko keluarga warna kuning ni ada 1 teko, 2 set cawan and piring, sugar pot and milk pot.. leh la nak wat main masak2.. tapi..no, no, no..pecah nanti, nangis aku! huhuhuh

Teko Teratai Merah Jambu Berbunga Coklat

44. Teko Teratai Merah Jambu Berbunga Coklat

Teko Montel Hijau

43. Teko Montel Hijau

Teko ni aku perolehi dengan harga kalau tak silap hanya RM5 saja... murah memang murah.

Yang mahalnya, tak lain tak bukan adalah munconggnya...Memang nampak rare kan, macam nakal2 jer.. nak2 plak badan dah cukup montoks, memang kena la dengan muncung yang menggoooda tuh!!!

Saturday 11 June 2011

Teko Cartoon 1

41. Teko Cartoon Kembar

Teko Biru Tak Bertangkai

40. Teko Biru Tak Bertangkai

Teko Comel Si Buluh Bambu

39. Teko Comel Si Buluh Bambu

Teko Bunga Ros Biru dan Merah Lembut

38. Teko Bunga Ros Biru dan Merah Lembut

Teko Bunga Teratai Biru

37. Teko Bunga Teratai Biru

Teko Muncung Dua

36. Teko Muncung Dua. Sumber: Hadiah Sikin (anak muridku, DPM). Tahun diperolehi: 2010. Terima kasih Sikin atas hadiah ini, memang antara teko kesayangan saya. Miss u, dear

Teko Snow White 1

35. Teko Snow White. Tempat diperolehi: Bangi, Selangor. Harga: RM5 (harga sale, sebab dah sopek, jadi RM47.90 harga sebelum sopek..hehehe). Tarikh: Maulidur Rasul, 2011

Teko Berlubang Bunga

34. Teko Berlubang Bunga. Tempat diperolehi: Johor Bahru, Johor. Harga: RM7.50. Tahun: Tak ingat

Teko Berlubang Dragon

33. Teko Berlubang Dragon. Tempat diperolehi: Johor Bahru, Johor. Harga : RM7.50 (murah, kan). Tahun: Tak ingat

Teko Simple Biru Putih

32. Teko Simple Biru Putih- Memang menarik dan simple

Teko Unik

31. Teko unik sekali pandang macam tulisan jawi- sebenarnya corak garis-garis sahaja. Tahun diperolehi: Tak ingat. Sumber: Mines, Seri Kembangan, Harga : Tak ingat

Teko Itik dan Teko Reben

30.Teko Itik dan Teko Reben

Teko Bunga Cina

29. Teko Bunga Cina Sumber/Tahun diperoleh/Harga: Tak ingat

Tuesday 7 June 2011

Teko Tingkat 1

28. Teko Tingkat Daun
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Tarikh diperolehi: 7 Jun 2011
Harga : RM3.90/piece

Apa yang menariknya teko ini pada mula aku terpandang adalah warnanya yang seakan-akan warna honeydew. Yup, warna tembikai susu- putih kehijauan. Di atas penutup ada corak daun dan buah strawberi. Di tangkai cawan pula ada corak yang tak kurang menariknya. Tapi sekali pandang gambar ni, macam bentuk aiskrim/ABC pun ada kan..? :D

Sunday 5 June 2011

Teko Leper 2

27. Teko Leper
Tahun diperolehi/ Harga/ Sumber: Tak ingat

Motif seolah-olah seekor burung yang sedang terbang di bahagian badan teko. Tangkainya diperbuat daripada besi yang dipintal. Keunikannya pada badan yang leper dan tangkainya.

Teko Lutsinar 1

26.Teko Lutsinar 1- Nampak saya???
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Harga: RM3.00
Tahun diperolehi: Mei 2011
Mungkin kegunaan teko ini hanya sebagai hiasan saja. Jenis bahan teko ini, tak salah adalah plastik, jadi memang takkan guna utk air panas. Comel saja teko ini, lebih kurang 5-6 inch tinggi.

Teko Bunga Ros 2

25. Teko Lama-Bunga Ros
Sumber: Cu (Rozita Ramli)
Tahun diperolehi: 2004/2005

Teko ni aku perolehi masa balik beraya di Ipoh. Arwah Cu yang beri. Dia tahu aku memang suka kumpul teko. Setiap hari, masa kemas rumah, dia keluarkan sebiji teko untuk bagi kepada aku. Aku ingat lagi dia kata, "Satu hari, satu teko Cu bagi Juli". Sebenarnya kata-kata tu mendalam dalam diri aku. Pada tahun2 sebelum aku kawin, aku ada satu perasaan yang tak berapa suka balik kampung (ntah la.. mungkin konflik dalam diri aku kot), padahal sebelum tahun2 tu, aku mmg balik Ipoh setiap kali cuti sekolah atau semester. Mungkin ada perasaan double standard, atau mungkin ..ntah la.. Anyway, teko yang arwah bagi sebenarnya sekarang ni boleh dikatakan sebagai PML (Pinggang Mangkuk Lama) yang harganya memang tinggi. Bila tengok kawan2 blog atau FB yang lain post gambar2 PML masing-masing and ada juga yang jual, teko jenis ni memang kaw2 mahalnya! Tapi aku tak der niat nak jual, sebab ni arwah Cu yang bagi aku.

Teko Hand Painted-Merah

24. Teko Hand Painted-Merah
Sumber: Putrajaya
Tahun diperolehi: 2009
Harga: Tak ingat

Teko ini bermotifkan bunga raya rasanya. Warna kuning dan merah. Garis-garis halus berwarna keemasan menyerlahkan gaya teko ini. Sekali pandang seolah-olah teko ini mempunyai gaya batik.

Teko Si Hitam Manis Ombak

23. Teko Si Hitam Manis
Sumber: MyDiy, Jusco Equin, Seri Kembangan
Tahun: 2010
Harga: Tak ingat

Saturday 4 June 2011

Teko Bunga Ros Merah 1

22. Teko Ros Merah 1
Sumber/Tahun diperolehi/Harga: Tak ingat

Bunga ros merah berlatar belakangkan warna kuningcerah. Memang cantik dan comel. Kombinasi warna hijau, merah dan kuning di teko ini menyerlahkan gaya(?) dan penampilan teko ini. Bunga ros di teko sememangnya cukup popular, walaupun banyak lagik collector yang menacri imej bunga-bunga lain seperti bunga padi, bunga kangkung, bunga lalang dan sebagainya, bunga ros/mawar sememangnya di tangga teratas !

My Teapot Dumex

 19/20/21. Koleksi Teko Dumex
Teko sulung: kiri belakang (tahun diperolehi: 2010/RM60)
Teko kedua: montel di depan sekali (tahun diperolehi: 2010/ RM60)
Teko bongsu: kanan di belakang (tahun diperolehi: 2011/RM80)
Tada... inilah yang menjadi apple of my eyes buat masa ni.. Teko-teko termahal yang pernah aku ada. Mungkin sebab nilainya yang lama dan sukar diperolehi membuatkan aku memang mencari sangat-sangat teko Dumex ini. Selidik punya selidik, ada lima beradik rupanya teko Dumex, jadi.. pencarian masih diteruskan.. Tunggguuuuu...

Monday 30 May 2011

Teko Tanpa Topi 1

18. Teko Labu
Sumber: Hadiah mak
Tahun diperolehi: Tak ingat
Teko labu ini memang cantik, ala-ala Inggeris style. Bunga di badan teko yang warna lembut; merah jambu, biru dan kuning air. Di tangkai dan dan muncung teko dihias dengan corak berwarna emas. Uniknya pada badan yang hampir-hampir menyerupai labu.

Teapot Chempaka: Teko Gadang 1

Teapot Chempaka: Teko Gadang 1: "9. Teko Merry Christmas. Ho Ho Ho Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan Harga: RM12.80 Tahun diperolehi: 2004 Ini adalah antara Teko Gad..."

Sunday 29 May 2011

Teko Arab

17. Teko Arab
Sumber: Hadiah drp Mak
Tahun diperolehi: Tak ingat

Teko ini rasanya mak beli masa ke oversea di negara-negara timur tengah, mana tempat yang tepat, memang tak ingat. Uniknya teko ini sememangnya daripada bentuk badannya yang besar di bawah dan menirus ke atas. Badannya diperbuat daripada material seakan silver dan corak biru adalah daripada manik/beads. Memang unik. Tangkainya juga menarik. Kalau di negara arab, mungkin ini antara  teko yang biasa dilihat di sana.

Teko

15. Teko Sinki Bilik Air
Sumber/tahun diperolehi/Harga: Tak ingat

Warna yang sama dengan koleksi Teko Mesin Jahit. Dominasi putih biru memang berpadanan dengan konsep sinki bilik air yang seharusnya bersih dan kemas. Ada paip air mini,barang-barang keperluan lain seperti botol bedak, botol sabun etc.

Pioner Teapot

14. Teko Pioner-Blue Flower

Sumber: Juju Nakasha Jaafar
Tahun diperolehi: 2002/2003
Ini adalah teko yang mula-mula sekali aku perolehi semasa tahun 2002/2003. Hadiah daripada Juju (adik bongsu). Sebenarnya teko ni ada set cawannya sekali. Tapi masa Juju nak masuk ke matriks di Londang, Melaka, dia hanya berminat nak bawa cawannya saja. Jadi, teko ini pun dihadiahkan kepada kakak sulungnya...yang mana tak semena-mena jatuh hati dengan teko ini dan mula la pencarian diteruskan di kedai-kedai. Masa tu, teko di kedai RM2 memang cantik-cantik dan sebagai student, kedai RM2 memang satu tempat yang 'within the budget'.

Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....

Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....: "Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup ak..."

Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....

Teapot Chempaka: KOLEKSI TEKO KU....: "Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup aku..."

Saturday 28 May 2011

Teko Tanah Liat 1

13. Teko Tanah Liat
Sumber/Tahun diperolehi/Harga: Tak ingat
Ini adalah antara teko tanah liat yang ada dalam koleksi simpanan saya. Uniknya teko ini boleh dilihat pada pemegangnya. Tidak ketinggalan juga corak pada badan teko. Kombinasi abstrak dan seolah-olah objek daun pada coraknya.

Teko Mesin Jahit

12. Teko Mesin Jahit- Nak tempah baju?
Sumber:
Tahun diperolehi:
Harga:
Keunikan teko ini sudah tentu pada bentuk badannya. Memang tak boleh nak isi air dalam teko ini. Kombinasi warna utama hanya biru dan putih. Memang cantik.

KOLEKSI TEKO KU....

Teko dalam blog ini adalah koleksi peribadi ku.. Semua aku sayang dan semua ada memori. Yang pasti teko-teko ini banyak menceriakan hidup aku. Percaya atau tidak, bila aku takut masa interview, atau semasa tangan dihulur untuk diambil sampel darah semasa chek-up kesihatan, teko-teko ini yang aku sebut berulang kali dalam fikiran aku...

Teko & Ceri

11. Teko & ceri 
Sumber: Hadiah mak drp oversea
Tahun diperolehi: Tak ingat

Ini adalaah  teko yang mak bagi semasa dia kerap ke luar negara atas urusan kerja. "Teko dalam teko". Gambar yang ada di teko ini berkonsepkan buah ceri (pada pandangan mata saya), atau mungkin buah lain yang merupakan simbol di negara berkenaan. Latarbelakang keseluruhan teko adalah warna silver. Nampak unik bila digabungkan dengan warna kuning dan merah.

Monday 23 May 2011

Teko Gadang 2

10. Teko Vietnam- Damainya Sungai
Sumber: Vietnam
Harga: RM3.00 (jangan terkejut ya)
Tahun diperoleh: 2003

Pemandangan teko ni sangat menarik. Mungkin diilhamkan daripada suasana desa yang ada di Vietnam itu sendiri. Kita boleh lihat 'damainya' si pengail mendayung sampan kecilnya, menyusuri sungai dengan pohon besar yang berdiri megah di tepi sungai. Terdapat kawanan unggas yang berterbangan melintas di angkasa. Damainya suasana !. 

Teko ini diperolehi ketika mengikuti Mak dan krew RTM ke Vietnam semasa Sukan Sea di sana. Tawar-punya tawar, akhir beli juga. Walaupun harga yang dijual pada permulaan hanya RM4.00, tetapi keseronokan tawar-menawar antara pembeli-penjual menyebabkan aku tak mahu kalah..Akhirnya teko ini pun menaiki kapal terbang ke Malaysia pada tahun 2003

Teko Gadang 1

9. Teko Merry Christmas. Ho Ho Ho   

Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan
Harga: RM12.80
Tahun diperolehi: 2004

Ini adalah antara Teko Gadang yang ada dalam simpanan saya. Teko ni murah saja.. tak sampai RM13 pun masa dibeli. Gambar santau clause atau seorang yang berpakaian seperti santa claus ini edang mengangkut hadiah-hadiah yang mungkin untuk diberikan pada seseorang. Cuma yang musykilnya, dalam raga yang dibawa, terdapat juga batang kayu berdaun. Erm.. untuk apa ya ..? Latar belakang putih salji menambah suasana pada teko ini . Ada sebatang pokok krismas yang disaluti salji di teko ini. Di bahagian penutup teko ni, boleh dilihat seolah-olah terdapat sebutir buah pine di atasnya.

Sunday 22 May 2011

Teko Leper

                         8. Teko Leper Bercorak Bunga                           

7. Teko Leper Geometri
Teko leper yang memang cantik. Tak boleh guna untuk diisi minuman. Cuma untuk hiasan sahaja.  Teko unik ini, aku dapat masa waktu jalan2 hilangkan stress dengan anak-anak murid DPM aku. Mungkin ada jualan murah utk habiskan stok and memang rezeki aku untuk dapatkan teko ini. Ada tiga biji yang aku beli. Bila balik, rupanya dah ada sebiji yang hampir sama (kira adik beradik teko ini). Jadi, untuk koleksi Teko Leper ini, ada empat biji kesemuanya.

Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan. 
Tarikh diperolehi: 5 Mei2011. 
Harga : RM3.00/piece.

The Poisson Teaot



Poisson Teapot 6

Poisson Teapot
Teko yang aku sayang. Mak yang belikan untuk aku masa dia ke oversea.Bukan calan-calang tau teko ni.. ada poisson. Selalunya kita letak teh atau kopi dalam teko, kali ni ada racun. Berani minum??
 

TEKO TAPAK SULAIMAN 5

PANDANGAN ATAS

DIBELI PADA TAHUN 2004/NILAI 3, NEGERI SEMBILAN/RM9.00 SEBIJI

Warnanya yang biru samar memang menarik hati. Walaupun rekabentuknya seperti tapak sulaiman, tetapi corak pada teko ini adalah seperti bunga, sekali pandang seperti abstrak. Unik pada bentuk badannya yang seperti tapak sulaiman pada pandangan atas
Sumber: Nilai 3, Negeri Sembilan. 
Harga: RM9.OO sahaja. 
Tarikh diperolehi: 2004. 


Teko Bunga Teratai

 


Teko Bunga Teratai 4
Sumber/Tahun diperolehi/Harga : Tak ingat.     

Deskripsi: Bunga teratai soft pink (hampir-hampir tak kelihatan warnanya), berdaunkan warna biru Gambar teratai di badan teko bukan sahaja cantik, lembut dan besar, kelihatan seolah-olah tumpuan adalah pada badannya. Tetapi uniknya teko ini sebenarnya dapat dilihat pada pemegangnya. Bukan sahaja berdiri tegak tetapi juga corak pemegangya yang seperti beralun. Bila dipegang, memang cocok dengan genggaman tangan. Material teko ini adalah kaca

Teko Animasi ku

TekoYellow Bunny 3          


            

    

Sumber: South City Plaza, Seri Kembangan, Selangor. 
Harga: Tak ingat 
Tahun 2008. 

Deskripsi:  Dibeli asalnya dengan niat untuk membuka satu laman web untuk menjual teko-teko, tapi bila difikir-fikirkan banyak pertimbangan yang lain, akhirnya teko ini menjadi sebahagian daripada koleksi aku saja. Warna kuning terang memang boleh menyebabkan ia mudah menjadi perhatian. Bulu mata rabbit ni macam ala2 lentik sahaja, dan bola matanya yang memandang ke atas. Seolah-olah memandang sesiapa yang mengangkatnya..

Teko Animasi ku

Teko Mak Itik Bertudung Biru 2Sumber: hadiah daripada anak muridku, Diana DPM (2010).   
Deskripsi: Teko mak itik dengan tudung birunya ini memang comel. Ada reben merah di bahagian badan dan di penutup teko. Teko ini sebenarnya kembar dengan Teko Ladybug.

Teko Ladybug 1
Sumber: hadiah daripada anak muridku, Diana DPM (2010).
Deskripsi: Teko yang memang cantik warnanya. Soft red, jingga and hijau tua. Ada dua ekor ladybug, pluss ada seekor butterfly di penutup teko ni 

Ini adalah antara teko-teko yang ada dalam koleksi Chempaka